ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing.

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya diberi ilham oleh Allah perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook Motivasi Modal Insan Juara 

Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM DAN TEKNIK RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's. Klik https://jomkitamaju.blogspot.com/p/rahsia-straight-a.html



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. 

Memprogramkan Minda Bawah Sedar Pelajar Dengan Nilai2 Kejayaan Dan Kepimpinan, Kepintaran Emosi EQ dan Kepintaran Spiritual SQ.
Tidak semua anak2 sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dr ibubapa masing2, aktiviti ini boleh membantu.
Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi dan inspirasi utk berjaya di masa depan dan membina cita2 yg tinggi.

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

kata hikmah

"PELUANG BESAR YANG

TAK SEMUA ORANG JUMPA,

WALAU RAMAI YANG MAHU,

JUGA RAMAI ORANG

YANG TAK TAHU,

ANDA SANGAT BERTUAH

JIKA MAHU AMBIL TAHU,

ITULAH RAHSIA REZEKI

DARI ALLAH "

=Cikgu Zaiful

KLIK

KLIK

PRODUK TERBAIK INT3TREE

PRODUK TERBAIK INT3TREE

ferrari 458 merah


bmw coklat saloon


bugatti veron


kereta sport merah tepi pantai


bmw putih saloon


bmw sport merah


lexus merah sport


bmw merah saloon


Friday, 6 June 2014

Khasiat Bismillah 4


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yasuqul Khoiro Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yashrifus Suu A Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Maa Kaana Min Nikmatin Faminallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil’ Adziim
Subhaanallah Wabihamdihii Subhaanallah Hil ‘Adziim, Walaa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil’ Aliyyil ‘Adziim.
.
.
‘Doa Bismillah 4′ di atas adalah berasal daripada ‘Isim’ Nabi Khidir AS dan Nabi Ilyas AS
.
Doa ini juga terdapat dalam Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 yang dicatat oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dengan sedikit lafaz beza.
.
.

Fadhilat Bismillah 4

.
Syaikh Muhammad Amin Kurdi pula dalam Tanwirul Qulub pada halaman 422 menulis fadhilatnya seperti berikut:
.
Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam Luqtul Marjaan daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas r. `anhuma sebagai berkata:
    Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.
    .
Ibnu ‘Abbas berkata: Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan menyelamatkan dia dari kelemasan, kebakaran, kecurian dan dari kejahatan syaitan, penguasa, ular dan kala jengking.
.
Maka sewajarnya bagi seseorang atau pelajar untuk mengamalkan doa ‘Bismillah 4′ ini, kerana ianya akan menjadi asbab yang membawa kepada tawakkal dan keyakinan kepada Yang Maha Khaliq setelah berusaha keras melakukan sesuatu pekerjaan.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

sumber; shafiqolbu.wordpress.com

No comments:

Post a Comment