Seorang mahasiswa bertanyakan pengalaman penulis semasa belajar di
universiti dan bagaimana penulis mengekalkan motivasi belajar sehingga
beroleh keputusan yang cemerlang. Penulis sekadar tersenyum sambil
mengimbau zaman belajar yang lalu. Rahsia utama telah penulis coretkan
di bawah tajuk
http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/10/hilang-motivasi-belajar-formula.html
. Sebagai pelajar kita harus jelas apakah tujuan / goals yang hendak
kita capai. Dalam konteks sebagai mahasiswa sudah tentulah target kita
ialah keputusan yang cemerlang dalam akademik, inilah outcomes yang
perlu kita capai. Semasa penulis belajar saat diploma sehingga ke
sarjana, penulis telah set / tetapkan goal yang penulis hendak capai
iaitu tamat dengan keputusan 1st Class.
Sebenarnya kunci untuk
menetapkan tujuan kejayaan adalah kemampuan kita untuk memotivasi diri
sendiri dan tetap termotivasi sehingga kita telah mencapai tujuan kita.
Mendapatkan dan tetap termotivasi tidak sesulit kelihatannya. Ini hanya
memerlukan disiplin dan beberapa kekuatan untuk memulakannya.
Pertama,
mari kita lihat apa motivasi sebenarnya, dan kemudian melihat bagaimana
kita boleh termotivasi untuk mencapai tujuan kita.
Motivasi
bukan merupakan produk dari pengaruh luar. Ianya adalah produk alami
dari keinginan kita untuk mencapai sesuatu dan keyakinan kita bahawa
kita mampu melakukannya. Ianya akan meningkat dalam diri kita sekiranya
kita dapat membina seberapa kuat keinginan kita dan kepercayaan pada
diri sendiri.
Di sini penulis cuba senaraikan beberapa cara yang
kita benar-benar dapat memotivasi diri sendiri dan tetap sangat
termotivasi sehingga kita mendapatkan tujuan kita.
1. Mulailah
dengan visualisasi kejayaan masa depan kita dan membayangkan saat kita
mengalami perasaan ketika kita mencapai tujuan kita. Visualisasi
tersebut akan dapat dicapai setelah kita berusaha untuk
merealisasikannya, maka bangkitkanlah motivasi diri menuju kejayaan.
Masih ingat kisah Rasulullah saw. membayangkan bahawa pada suatu saat
nanti Islam akan menawan kerajaan Parsi. Sedangkan pada saat itu baginda
baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil,
sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia !
Perbezaannya seperti langit dengan bumi. Namun Rasulullah saw. dengan
yakin telah membayangkan kejayaan dakwahnya sehingga mampu menawan
kerajaan Parsi. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di
zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata
kegembiraan dan terharu. Ternyata visualisasi Rasulullah saw. menjadi
kenyataan.
2. Miliki mentaliti positif bahawa anda mampu menuju
kepada kejayaan. Fokus dan berilah seluruh konsentrasi bagaimana kita
akan melangkahkan tapak-tapak kejayaan. Bayangkan kebahagiaan yang akan
dapat kita peroleh saat satu demi satu langkah kita menghampiri
kejayaan. Sungguh, memperoleh kejayaan bermula dengan langkah-langkah
positif menuju kejayaan. Maka jangan biarkan langkah anda sumbang.
Perhatikan serah perjalanan perjuangan dakwah Rasulullah saw. Sebenarnya
tiada yang pincang dalam langkah-langkah baginda saw, sebaliknya ianya
menjadi langkah sejarah dakwah sehingga langkah-langkah itu telah
menyinarkan bumi ini dengan kemuliaan Islam.
3. Tetapkan
keutamaan yang tinggi yang harus di capai untuk setiap tugas. Ianya akan
memberikan kesan keutamaan dalam fikiran kita. Tegaskan kepada diri
sendiri bahawa kita akan melakukan apa yang diperlukan tanpa gagal.
Biasanya kita gagal menetapkan keutamaan antara study kita dengan
aktiviti yang lain seperti bersukan, outing, berfacebook, bercinta dan
sebagainya sehinggakan masa kualiti kita habis untuk aktiviti yang tidak
penting malah merosakan diri sendiri.
4. Menetapkan sasaran
untuk jumlah jam / kerja yang kita akan lakukan setiap hari ke arah
tujuan kita. Jadualkan jumlah masa / kerja dalam perancangan harian kita
dan jangan biarkan jadual itu diganggu atau terabai. Sebagai contoh,
penulis sentiasa menetapkan 2 jam setiap hari untuk membuat latih tubi
soalan. Penulis akan pastikan ianya berjalan, walau dengan apa cara pun,
hatta terpaksa mengurangkan masa tidur.
5. Cuba senaraikan
apakah hasil yang ingin kita capai, samada dalam bentuk senarai, graf,
gambar dan sebagainya. Tampalkan di tempat yang selalu kita lalu atau
lihat seperti di meja belajar, di dinding bilik, dan sebagainya. Ianya
akan membantu mengingat dalam pemikiran kita bila-bila masa dan
sepanjang hari.
6. Cuba senaraikan apakah target lain yang kita
ingin capai, seperti untuk menjadi seorang doktor berjaya, peguam
terbaik dan sebagainya. Penulis sentiasa set untuk bercita-cita menjadi
seorang profesional da’i. Untuk menjadi profesional penulis perlu
cemerlang dalam belajar sehingga ke tahap PhD. Untuk menjadi da’i maka
penulis perlu istiqamah dengan tarbiah Islam dan dakwah. Komitmen untuk
mencapai cita-cita tersebut akan meningkatkan motivasi kita untuk
mecapainya. Saat ini apa yang anda citakan atau masih samar lagi?
7.
Selalu buat post moterm pencapaian yang telah kita usahakan. Menulis
laporan kemajuan. Dalam Islam disebut muhasabah. Muhasabah kita mesti
konkrit, senaraikan apa yang lemah, apa yang belum dilakukan, kenapa
tidak dilakukan dan apa tindakan untuk improve kelemahan tersebut.
Muhasabah merupakan salah satu kunci istiqamah. Agar kita tidak
mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
8. Berikan diri
kita beberapa galakan dan dorongan untuk mengingatkan diri kita bahawa
kita miliki kemampuan dan komitmen untuk mencapai tujuan kita. Gilapkan
potensi dan kekuatan yang ada pada diri kita semaksimanya. Rasulullah
saw. sering memuji sahabat-sahabatnya yang memiliki sebarang kekuatan /
kebaikan, ini akan mendorong lagi motivasi para sahabat untuk
berprestasi.
9. Bacalah buku, tulisan, kisah atau meontotn video yang memotivasi kita dan menggerakkan kita untuk bertindak.
10.
Dengar muzik yang memotivasi kita, yang membangkitkan ruh / jiwa kita
untuk membangkitkan motivasi dan cita kita. Apatah lagi kalau kita
sentiasa mendengar bacaan Al Quran, insyaAllah mampu membantu diri kita.
11.
Sentiasa bersaing dengan teman-teman yang komited dengan study, jadikan
mereka sebagai partner belajar dan dalam masa yang sama pesaing kita
yang sihat.
12. Dapatkan bantuan dan sokongan dari orang-orang
di sekitar kita. Penulis amat akrab dengan para pensyarah penulis
sehingga mereka sentiasa membuka pintu untuk membantu kejayaan penulis.
13.
Tentukan versi kejayaan kita seiring dengan kehendak Allah dan
Rasulullah saw. Jangan biarkan orang lain mendefinisikan kejayaan untuk
kita.
14. Abaikan atau nyahkan pengaruh negatif atau tanggapan
orang luar bahawa kita tidak boleh berjaya . Pekakkan telinga terhadap
suara orang-orang negatif. Sebaliknya berkawanlah dengan dengan orang
yang berjiwa positif dan telah berjaya. Bertahan! Jangan lemah semangat
dengan suara dan pandangan sumbang.
15. Sedarkan diri sentiasa
untuk sentiasa berbuat lebih baik daripada yang pernah kita lakukan.
Hadapi masalah dan menerima cabaran yang muncul. Jangan lari dari
masalah. Perancangan jika dilaksanakan akan selalu merubah hari anda.
Apa yang penting adalah proses setiap perancangan dilaksanakan sehingga
kita memiliki arah yang jelas tanpa ragu-ragu.
16. Fokus pada
prestasi positif kita dan bukan negatif. Semua orang mempunyai persepsi
mereka sendiri terhadap kita, ada yang berpesepsi positif dan ada yang
negatif. Beri tumpuan kepada perkara-perkara atau orang yang memberi
kemajuan kepada kita. Tetap positif dan yakin tentang perjalanan kita
dan hasil yang kita ciptakan.
17. Berkongsi kejayaan kita dengan
teman yang dipercayai kerana ini akan membantu kita tetap fokus dan
membangkitkan prestasi kita. Raikan bersama mereka setiap kali kita
berjaya melaksanakan apa yang dirancangkan.
18. Sentiasa aktifkan
analisis SWOT. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan. Tingkatkan dan kuasai
kekuatan yang kita miliki. Perbaiki kelemahan. Ambil ruang dan peluang
baik yang ada disekeliling untuk tingkatkan motivasi kita seperti
program-program motivasi, latihan pengurusan diri dan sebagainya.
19.
Melatih diri untuk menyelesaikan apa yang kita mulai dengan menolak
untuk berhenti sehingga kita selesai. Menumbuhkan kebiasaan tekad dan
ketekunan.
20. Jangan takut untuk membuat kesalahan (kesalahan
dalam belajar bukan kesalahan buat dosa) dan jika kita lakukannya,
jangan menghukum diri sendiri. Fahami bahawa kita dalam proses untuk
berjaya. Orang-orang yang berjaya sebenarnya bermula dengan kegagalan
dalam perjalanan mereka. Mereka menebus kelalaian mereka dengan
memperbaiki diri dan membuat anjakan paradigma baru untuk mencapai
tujuan / goals yang telah ditetapkan.
21. Jangan lupa berdoa dan
bertaqarub kepada Allah. Kekuatan motivasi sebenar terbit dalam jiwa
yang sentiasa harap kepada Allah. Hanya Allah swt sahaja yang berkuasa
memberikan kita motivasi yang original. Motivasi dari langit. Justeru
kita akan belajar bukan lagi untuk capai tujuan kejayaan dunia,
sebaliknya menjulang aspirasi kerajaan langit dan bumi, motivasi dan
momentum belajar adalah kerana Allah dan memenuhi tuntutan Islam. Maka
sudah tentu kita perlu mendampingi yang Maha Bijaksana dan Maha Tinggi,
Allah swt.
Semoga panduan dan tips ini memberi manfaat kepada pembaca. Selamat belajar!
SUMBER; http://usrahkeluarga.blogspot.com
ALUAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing.
Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan.
Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.
Seterusnya pada tahun 2007 saya diberi ilham oleh Allah perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA.
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook Motivasi Modal Insan Juara
Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM DAN TEKNIK RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's. Klik https://jomkitamaju.blogspot.com/p/rahsia-straight-a.html
TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan.
Memprogramkan Minda Bawah Sedar Pelajar Dengan Nilai2 Kejayaan Dan Kepimpinan, Kepintaran Emosi EQ dan Kepintaran Spiritual SQ.
Tidak semua anak2 sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dr ibubapa masing2, aktiviti ini boleh membantu.
Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi dan inspirasi utk berjaya di masa depan dan membina cita2 yg tinggi.
Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu
kata hikmah
"PELUANG BESAR YANG
TAK SEMUA ORANG JUMPA,
WALAU RAMAI YANG MAHU,
JUGA RAMAI ORANG
YANG TAK TAHU,
ANDA SANGAT BERTUAH
JIKA MAHU AMBIL TAHU,
ITULAH RAHSIA REZEKI
DARI ALLAH "
=Cikgu Zaiful
No comments:
Post a Comment