ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing.

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya diberi ilham oleh Allah perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook Motivasi Modal Insan Juara 

Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM DAN TEKNIK RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's. Klik https://jomkitamaju.blogspot.com/p/rahsia-straight-a.html



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. 

Memprogramkan Minda Bawah Sedar Pelajar Dengan Nilai2 Kejayaan Dan Kepimpinan, Kepintaran Emosi EQ dan Kepintaran Spiritual SQ.
Tidak semua anak2 sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dr ibubapa masing2, aktiviti ini boleh membantu.
Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi dan inspirasi utk berjaya di masa depan dan membina cita2 yg tinggi.

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

kata hikmah

"PELUANG BESAR YANG

TAK SEMUA ORANG JUMPA,

WALAU RAMAI YANG MAHU,

JUGA RAMAI ORANG

YANG TAK TAHU,

ANDA SANGAT BERTUAH

JIKA MAHU AMBIL TAHU,

ITULAH RAHSIA REZEKI

DARI ALLAH "

=Cikgu Zaiful

KLIK

KLIK

PRODUK TERBAIK INT3TREE

PRODUK TERBAIK INT3TREE

ferrari 458 merah


bmw coklat saloon


bugatti veron


kereta sport merah tepi pantai


bmw putih saloon


bmw sport merah


lexus merah sport


bmw merah saloon


Saturday, 7 June 2014

7 Langkah Menghindari Kerosakan Ukhwah

canon 1 007

Muqaddimah

Ukhuwwah adalah suatu nikmat yang manis. Ukhuwwah yang benar dan sah lahir dari iman. Persaudaraan atau kasih sayang yang lahir dari perasaan ta’sub kesukuan dan kebangsaan adalah ukhuwwah palsu yang tidak mendapat tempat di sisi Allah Subhanahuwataala.
Iman bagi seseorang yang tidak  melahirkan ukhuwwah menunjukkan dua kemungkinan:
1. Imannya palsu
2. Imannya benar tetapi diserang oleh penyakit tertentu yang menyebabkan ia tidak berupaya menghasilkan natijah.

Kita, yang beriman kepada Allah Subhanahuwataala hendaklah berwaspada daripada kemungkinan kedua di atas.
Tujuh langkah menghindari kerosakan ukhuwwah
Allah Subhanahuwataala, dalam surah Al Hujurat, telah memaparkan tujuh langkah untuk menghindari kerosakan ukhuwwah, iaitu:

1. Tabayyun (تبين )
Tabayyun bererti mencari penjelasan maklumat. Yakni, mencari bukti kebenaran sesuatu maklumat yang diterima. Sikap terburu-buru menerima sesuatu maklumat mengenai saudara seIslam boleh mengakibatkan kerosakan ukhuwwah.

Musuh Islam memang cemburu melihat ukhuwwah yang terjalin rapi. Mereka akan menghebahkan sesuatu berita dengan tujuan untuk memporak-purandakan ukhuwwah orang-orang Islam. Di samping itu, disebabkan kelalaian atau kecuaian, seseorang muslim mungkin juga akan menghebahkan sesuatu berita yang boleh mencemarkan ukhuwwah di kalangan orang Islam. Atau, memburukkan lagi keadaan ukhuwwah yang telah sedia terganggu.

Di sinilah perlunya sikap tabayyun.  Sehinggalah maklumat atau berita yang tidak betul dapat dibendung dari awal-awal lagi. Allah Subhanahuwataala berfirman:

“Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(Al Hujurat (49) : 6)

Ayat ini mempunyai hubung kait dengan kisah hadithulfik (berita dusta) yang menimpa Sayyidah ‘Aisyah yang cukup menggoncangkan keadaan di zaman Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam.
Kalau berita yang datang daripada orang fasiq harus diteliti, maka apatah lagi berita yang dihebahkan oleh musuh-musuh Islam yang nyata seperti yahudi, musuh dari barat dan seumpamanya.


2. ‘Adamus Sukhriyyah (عدم السخرية )
Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah Subhanahuwataala:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan).”
(Al Hujurat : 11)

Seseorang atau suatu kelompok yang suka memperolok-olokkan orang lain atau kelompok lain, biasanya menganggap dirinya atau kelompoknya lebih baik daripada yang lain.  Padahal Allah Subhanahuwataala menegaskan bahawa orang yang diperolok-olokkan itu boleh jadi lebih baik daripada orang yang memperolok-olokkan.

Dengan sikap sukhriyyah (memperolok-olok) ini, suasana ukhuwwah antara individu-individu atau antara kelompok-kelompok yang bersih boleh menjadi keruh. Yang sedia keruh akan bertambah keruh.
Pada masa ini terdapat banyak kelompok atau organisasi da’wah yang menyebarkan Islam. Antara mereka sering kali ada perbezaan-perbezaan tertentu. Ada yang meletakkan al hadaful a’la (sasaran tertinggi)nya untuk menegakkan khilafah Islamiyyah. Ada pula yang menetapkan pembaikan ibadah dalam bidang tertentu sebagai sasaran tertingginya. Keadaan ini,  kadang-kadang melahirkan suasana tanafus (persaingan) yang tidak sihat. Persaingan ini semakin tidak sihat sekiranya satu kelompok mencemuh atau memperolok-olokkan kelompok yang lain.

Seharusnya setiap kelompok itu berusaha ke arah penyatuan hakiki, atau berlapang dada untuk mewujudkan suasana ta’awun, bagi menghadapi konspirasi taghut yang kini menghentam Islam dari berbagai sudut.

 3. ‘Adamul Lamz (عدم اللمز‎‎‎‎‎ )
Ertinya ialah tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan oleh Allah Subhanahuwataala dengan firmanNya:

“Dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri” (Al Hujurat : 11)

Berdasarkan ayat ini, perbuatan mencela sesama muslim dianggap mencela diri sendiri.  Ini kerana pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Kemenangan Islam hanya akan dapat dicapai dengan adanya kekuatan aqidah dan ukhuwwah. Adalah sukar untuk mencapai kemenangan Islam jika tidak ada cinta sebagai pengikat ukhuwwah lantaran sebahagian mukmin mencela sebahagian yang lain. Apatah lagi jika celaan itu berkaitan dengan permasalahan pangkat dan kebendaan.

Allah Subhanahuwataala menyuruh Rasul dan orang-orang beriman bersabar di atas segala kekurangan orang-orang mukmin yang lain. FirmanNya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rab mereka di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya”
(Al Kahfi : 28)

Cela mencela itu adalah salah satu kebiasaan orang-orang munafik. Allah Subhanahuwataala menjelaskan kepada kita:

“Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (pembahagian) zakat (iaitu orang-orang munafik). Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, serta merta mereka menjadi marah”
(At Taubah : 58)

 4. Tarkut Tanabuz (ترك التنابز‎‎‎‎ )
Iaitu meninggalkan panggilan-panggilan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala:

“Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)”
 (Al Hujurat : 11)

Tanabuz yang paling buruk ialah memanggil orang mukmin dengan panggilan yang membawa maksud ‘kafir’.  Atha, salah seorang mufassirin mengatakan, “Tanabuz adalah nama atau sebutan yang engkau tujukan kepada seseorang yang mengandungi erti bahawa orang itu bukan muslim (Tafsir Fathul Qadir vol V hal. 64).
Contohnya apabila seorang muslim menolak da’wah seorang penda’wah maka janganlah dengan mudah penda’wah itu berkata, “Ah, orang itu bersikap seperti Abu Talib… !

5. Ijtanibu Kathiran Minadzan  (اجتنبوا كثيرا من الظن‎‎‎‎ )
Allah subhanahuwataala berfirman:

 “Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa.”
(Al Hujurat : 12)

Pada dasarnya seorang muslim dengan muslim yang lain bersikap  berbaik sangka, kecuali jika ada bukti-bukti yang jelas bahawa dia melakukan kesalahan. Sebaliknya, kaum muslim harus berperasaan curiga dan berhati-hati terhadap musuh atau orang kafir.

Prasangka buruk terhadap sesama muslim boleh menjurus kepada kebinasaan ukhuwwah Islamiyyah. Kita telah bertemu dengan banyak kumpulan-kumpulan orang Islam yang dilanda krisis ukhuwwah, yang mana kalau diteliti, adalah berpunca daripada prasangka buruk yang tumbuh subur di kalangan mereka.

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermafhum):

“Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu adalah paling dusta.”
(Riwayat Bukhari)

  6. ‘Adamut Tajassus (عدم التجسس‎‎‎‎ )
Iaitu tidak mencari-cari kesalahan atau aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela oleh Islam. Allah Subhanahuwataala amat suka apabila hambaNya berusaha untuk menutup ‘aib saudaranya. Dengan sikap ini, akan terbukalah kesempatan bagi mereka yang khilaf atau lalai  itu untuk kembali masuk ke dalam bi’ah solehah. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain “
 (Al Hujurat : 12)

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermafhum):
“Janganlah kamu sekelian saling mendengki, saling membenci dan janganlah pula saling mencari kesalahan.”

Diriwayatkan bahawa ‘Umar bin Khattab berjalan-jalan di kota pada waktu malam untuk meninjau-ninjau keadaan rakyatnya. Tiba-tiba beliau mendengar seorang lelaki menyanyi-nyanyi dari dalam sebuah rumah. Maka Umar pun naik ke atas dinding pagar rumah itu dan masuk ke dalamnya lalu berkata: “Wahai musuh Allah, apakah kamu mengira bahawa Allah akan menutupi perbuatan dosamu itu?”.

Orang itu pun menjawab: “Engkau jangan terburu-buru menghukum aku bersalah wahai Amirul Mukminin. Jika aku melakukan kesalahan, maka engkau telah melakukan tiga kesalahan sekali gus. Pertama engkau telah masuk ke dalam rumah ini bukan melalui pintu padahal Allah berfirman:
Dan masuklah ke dalam rumah-rumah itu dari pintu-pintunya.”
 (Al Baqarah : 189)

Kedua, engkau telah masuk ke dalam rumah ini tanpa izin penghuninya, pada hal Allah telah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.“
 (Al Nur : 27)

Dan, yang ketiga, engkau telah melakukan tajassus (mencari-cari kesalahan), pada hal ia jelas dilarang oleh Allah dengan firmanNya:
Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain “
 (Al Hujurat : 12)”.

Lalu Umar berkata pula: “Mahukah engkau mema’afkan aku?”. Orang itu menjawab: “Sudah tentu!”. Lalu Umar pun keluar dan meninggalkannya. (Hayatus Sahabah, 2:240).

 7. Ijtinabul  Ghibah (اجتناب الغيبة‎‎‎‎ )
Allah Subhanahuwataala menegaskan:
Dan janganlah kamu menggunjing sebahagian yang lain. “
 (Al Hujurat : 12)

Ghibah sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam adalah menceritakan keburukan atau kejelekan orang lain.
Apabila seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang merugikan. Pertama, apa yang dicerita itu benar berlaku, maka perbuatan itu dinamakan ghibah. Kedua, apa yang diceritakan itu tidak berlaku atau tidak benar, maka perbuatan itu dinamakan fitnah.

Begitu besar dosa ghibah sehingga Allah Subhanahuwataala menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati. Dalam sebuah hadith diterangkan, ketika Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam dimi’rajkan, baginda dipersaksikan dengan seorang yang berkuku tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dadanya. Baginda bertanya kepada Malaikah

Jibril: “Apakah dosa orang itu wahai Jibril?”. Jibril menjawab: ”Dia adalah orang yang suka memakan daging saudaranya ketika di dunia (ghibah).”

Penutup
Demikianlah Al Qur’an dan As Sunnah menuntut agar umat Islam sentiasa berada dalam suasana ukhuwwah Islamiyyah yang indah.  Tujuh langkah di atas merupakan jalan-jalan utama untuk menjaga kekuatan ukhuwwah Islamiyyah. Semoga Allah selalu mengikat hati-hati kita yang beriman kepadaNya.

SUMBER;  http://halaqahmuntijah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment