|
Artikel
motivasi ini
memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau
identiti diri) pelajar
cemerlang.
Pelajar Cemerlang
Pelajar
yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat
akhlak
serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa
jati
diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan
seseorang
pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama
tersebut
mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti
pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pelajar
yang
cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya.
Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri
atau
tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya
adalah
diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Bijak
Pelajar
yang cemerlang
bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di
sekelilingnya.
Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya
yang
baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang
juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan
serta
mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Pelajar
yang
cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri.
Ianya
juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya
dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya
aktiviti-aktiviti
yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas.
Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti
yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar
yang
cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam
melaksanakan
segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan
dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh
tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke
arah
dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar
yang
cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia
mempunyai
perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi
diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang
bergelumang
dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati
Tuhan.
Pelajar
yang
cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi
gerak-gerinya,
fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan
peribadinya
disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta
keluarganya.
Faham
Pelajar
yang
cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang
demikian,
menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui
sesuatu
isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia
mempunyai
kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca,
dilihat
atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pelajar
yang
cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia
seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah
menyesuaikan
diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Pelajar
yang
cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk
menjadi
manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai
cita-cita
atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha
lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar
yang
cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha
mencapai
kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang
disuruh
dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa,
pemimpin-pemimpin,
guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang
harus diikuti.
Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment