السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Permulaan Urusan
.
Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).
.
.
Rahsia 19 Huruf
Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).
.
Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”
.
.
Fadhilat Basmallah
Banyak khasiat dan fadhilat ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmalah ini; Diantaranya:
- ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
- 2. Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
- Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
- Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
- Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
- Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
- Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
- Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
- Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
- Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
- Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
- Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
- Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment