ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing.

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya diberi ilham oleh Allah perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook Motivasi Modal Insan Juara 

Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM DAN TEKNIK RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's. Klik https://jomkitamaju.blogspot.com/p/rahsia-straight-a.html



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. 

Memprogramkan Minda Bawah Sedar Pelajar Dengan Nilai2 Kejayaan Dan Kepimpinan, Kepintaran Emosi EQ dan Kepintaran Spiritual SQ.
Tidak semua anak2 sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dr ibubapa masing2, aktiviti ini boleh membantu.
Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi dan inspirasi utk berjaya di masa depan dan membina cita2 yg tinggi.

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

kata hikmah

"PELUANG BESAR YANG

TAK SEMUA ORANG JUMPA,

WALAU RAMAI YANG MAHU,

JUGA RAMAI ORANG

YANG TAK TAHU,

ANDA SANGAT BERTUAH

JIKA MAHU AMBIL TAHU,

ITULAH RAHSIA REZEKI

DARI ALLAH "

=Cikgu Zaiful

KLIK

KLIK

PRODUK TERBAIK INT3TREE

PRODUK TERBAIK INT3TREE

ferrari 458 merah


bmw coklat saloon


bugatti veron


kereta sport merah tepi pantai


bmw putih saloon


bmw sport merah


lexus merah sport


bmw merah saloon


Friday 6 June 2014

Fadhilat Membaca Kalimah Basmallah / Bismillah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Permulaan Urusan
Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT.
.
Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).
.
Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).
.
.
Rahsia 19 Huruf
Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).
.
Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”
.
.
Fadhilat Basmallah

Banyak khasiat dan fadhilat ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmalah ini; Diantaranya:

  1. ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
  2. 2.     Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
  3. Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
  4. Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
  5. Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
  6. Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
  7. Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
  8. Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
  9. Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  10. Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
  11. Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  12. Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
  13. Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SUMBER  shafiqolbu.wordpress.com

No comments:

Post a Comment