ALUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Saya suka membaca buku buku pembangunan diri dan motivasi sejak tahun 1990an semasa belajar di universiti. Banyak juga ilmu motivasi dan pembangunan diri atau modal insan yang saya perolehi semasa penglibatan dalam industri multi level marketing atau network marketing.

Sepanjang kerjaya sebagai guru, saya suka memberi kesedaran dan motivasi supaya pelajar bersemangat memajukan diri dalam akademik, badan berunifrom dan sukan. 

Konsep motivasi yang mula mula diperkenalkan kepada pelajar pada tahun 2003 ialah WAWASAN DIRI PELAJAR yang terdiri dari 5 perkara iaitu BELA NASIB DIRI, BELA NASIB KELUARGA, GENGGAM KEIMANAN, GENGGAM KEJAYAAN, GENGGAM KECEMERLANGAN.

Seterusnya pada tahun 2007 saya diberi ilham oleh Allah perkenalkan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA. 
Penerangan konsep motivasi ini boleh dibaca dengan mengklik menu diatas. MOTIVASI MODAL INSAN JUARA mempunyai RASIONAL dan OBJEKTIF tersendiri. Aspek penting yang ditekankan ialah SEMANGAT JUARA, PEMIKIRAN JUARA, SIKAP JUARA, ILMU JUARA, KEMAHIRAN JUARA dan PENGALAMAN JUARA. Ebook Motivasi Modal Insan Juara 

Disamping memotivasikan dan memberi kesedaran kepada pelajar, saya juga memikirkan cara mengulangkaji yang terbaik kepada pelajar. TEKNIK FOKUS PINTAR A+ adalah satu cara untuk pelajar mengulangkaji dengan sistematik bagi subjek KIMIA SPM DAN TEKNIK RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's. Klik https://jomkitamaju.blogspot.com/p/rahsia-straight-a.html



TAMAN INSPIRASI JUARA adalah satu idea untuk menanamkam pemikiran dan sikap positif dalam diri pelajar sekolah dan mahasiswa IPT melalui penglihatan dan pembacaan perkataan tertentu yang di letakkan di sesuatu taman yang selalu dilalui atau dilihat oleh pelajar sepanjang hari persekolahan. 

Memprogramkan Minda Bawah Sedar Pelajar Dengan Nilai2 Kejayaan Dan Kepimpinan, Kepintaran Emosi EQ dan Kepintaran Spiritual SQ.
Tidak semua anak2 sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dr ibubapa masing2, aktiviti ini boleh membantu.
Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi dan inspirasi utk berjaya di masa depan dan membina cita2 yg tinggi.

Semoga kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua. Saya mohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wabillahitaufik walhidayah.. datang lagi selalu

kata hikmah

"PELUANG BESAR YANG

TAK SEMUA ORANG JUMPA,

WALAU RAMAI YANG MAHU,

JUGA RAMAI ORANG

YANG TAK TAHU,

ANDA SANGAT BERTUAH

JIKA MAHU AMBIL TAHU,

ITULAH RAHSIA REZEKI

DARI ALLAH "

=Cikgu Zaiful

KLIK

KLIK

PRODUK TERBAIK INT3TREE

PRODUK TERBAIK INT3TREE

ferrari 458 merah


bmw coklat saloon


bugatti veron


kereta sport merah tepi pantai


bmw putih saloon


bmw sport merah


lexus merah sport


bmw merah saloon


Saturday 7 June 2014

CIRI PELAJAR CEMERLANG





Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang.

Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
 
Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
 
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 
 
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
 
Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
 
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment