Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan
1 tahun 2013 secara online akan dibuka mulai 15 September ini.
Permohonan ini dibuka kepada semua calon UPSR 2012. Permohonan ke SBP
ini akan dilaksanakan secara online yang akan bermula 15 September 2012
sehingga 31 Oktober 2012. Satu taklimat khas kepada Guru Besar, Pengetua
dan GPK Hem masing-masing akan disampaikan nanti oleh JPN dan PPD.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari http://parents.sekolahmalaysia.com/ mulai 15 September ini. Applikasi permohonan akan dibuka pada tarikh tersebut.
Untuk panduan memohon, sila layari Panduan Permohonan SBP
Syarat Kelayakan Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
Mendapat 4A Dan 1B dan subjek wajib mendapat A adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sains Dan Bahasa Inggeris
No comments:
Post a Comment